Catatan

TERMAKAN ATAU DIRACUNI...????

Imej
Kemasin - 13.11.2011 kuala Kemasin tiga orang penternak lembu kerugian diangarkan RM8,000.00 ringgit kerana kematian lembu mereka, yang termakan racun atau diracuni.    Mereka yang terlibat Ialah Nik Li (Pok Su Li), Pok Su Kob dan Tok Aji Dollah.

KEMBALI KERAHMATULLAH

KEMASIN - Pada hari ini 12 sept 2011 seorang lagi warga Kemasin meninggal dunia beliau ialah Pok Teh Awang beliau meninggal dunia di hospital.          Beliau dimasukan kehospital untuk mendapatkan rawatan sebelum bulan puasa lagi. Beliau mengidap berbagai jenis penyakit, mayat beliau sampai dikediaman beliau dalam pukul 8 malam dan telah selamat di kebumikan.          Sama-samalah kita berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh/beriman.            Al-Fatihah..........Amin.......

SELAMAT MERDEKA KE 54

Imej

ANAK PERANTAU PULANG

Kemasin- Anak-anak perantauan Kemasin mula pulang ke kampung untuk Aidilfitri bersama keluarga tersayang sahabat handai dan kampung tercinta. Di ucapkan selamat pulang anak-anak perantauan Kemasin ke kampung halaman. Kini suasana kampung mulai terasa Aidilfitri akan kunjung tiba tak lama lagi, dan terlihat kecerian Ibubapa dengan kepulangan anak-anak mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama.

Tadarus

Imej
            Kemasin - Majlis Tadarus dan berbuka puasa di Musalla Pok Long Leman, YB. Dato' Haji Omar bin Muhammad ADUN Perupok dan rombongannya  sama-sama bertadarus dan berbuka puasa dengan penduduk-penduduk kampung kemasin.               Majlis ini dihadari oleh hampir 100 orang penduduk kampung dan jemputan. Majlis tadarus dan berbuka puasa ini diadakan setiap tahun dianjurkan oleh  kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Berbuka Puasa

                Majlis berbuka puasa buat kali kedua di Masjid Mukin Kemasin akan diadakan pada 22hb Ogos 2011M bersamaan 22 Ramadhan 1432H hari Isnin. Acara bermula dari pukul 6 petang sehinggalah solat Maghrib, sebelum azam maghrib dilaunkan tanda masuknya waktu berbuka para tetamu dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan yang akan di sampaikan oleh Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Fauzi Haron Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK).

Majlis Berbuka Puasa

     Masjid Mukin Kemasin pada hari ini Jumaat 12hb Ogos 2011M bersamaan 12 Ramadhan 1432H telah adakan Majlis Berbuka Puasa. Dengan semangat gotong royong dan sumbangan , makanan untuk Majlis Berbuka Puasa itu telah disediakan oleh orang kampung.