2010/04/19 DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Siapa  yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu  akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat  al-Bukhari)    Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah.  Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan  persiapan dan bekalan yang cukup.           Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan cukup selesa dan bahagia.           Sebaliknya, orang yang buruk amalan ketika di dunia bakal menemui Allah  dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah murka terhadap  sesiapa saja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia adalah  perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya.    Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang  menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan  kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di  dunia dan be...