KEMASIN - Pada hari ini 12 sept 2011 seorang lagi warga Kemasin meninggal dunia beliau ialah Pok Teh Awang beliau meninggal dunia di hospital. Beliau dimasukan kehospital untuk mendapatkan rawatan sebelum bulan puasa lagi. Beliau mengidap berbagai jenis penyakit, mayat beliau sampai dikediaman beliau dalam pukul 8 malam dan telah selamat di kebumikan. Sama-samalah kita berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh/beriman. Al-Fatihah..........Amin.......
Kemasin - Majlis Tadarus dan berbuka puasa di Musalla Pok Long Leman, YB. Dato' Haji Omar bin Muhammad ADUN Perupok dan rombongannya sama-sama bertadarus dan berbuka puasa dengan penduduk-penduduk kampung kemasin. Majlis ini dihadari oleh hampir 100 orang penduduk kampung dan jemputan. Majlis tadarus dan berbuka puasa ini diadakan setiap tahun dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan.
Pada 9hb Julai 2011 KRT/SRS Kg.Kemasin telah adakan mesyuarat kali ke 5/2011 agenda mesyuarat kali ini hal DO masuk kampung perkemaskan hubung kait rondaan malam dan lapuran kewangan. Yang di Pengerusikan oleh Mat Zabidi, ahli yang hadir seramai 30 orang,selepas mesyuarat ada sedikit jamuan ringan. Dalam lain-lain hal ahli yang hadir telah sebulat suara bersetuju bahawa perjumpaan diadakan sebulan sekali, iaitu setiap 1hb setiap bulan. Cadangan ini dicadangkan oleh salah seorang ahli pada malam mesyuarat tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan