Perbanyak amal ibadat, kebaikan sebagai bekalan akhira
2010/04/19
DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup.
Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan bererti di akhirat. Kita harap untuk bertemu Allah di syurga sebagai balasan daripada hidup bermanfaat di dunia.
Ulasan
Catat Ulasan