Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

TERMAKAN ATAU DIRACUNI...????

Imej
Kemasin - 13.11.2011 kuala Kemasin tiga orang penternak lembu kerugian diangarkan RM8,000.00 ringgit kerana kematian lembu mereka, yang termakan racun atau diracuni.    Mereka yang terlibat Ialah Nik Li (Pok Su Li), Pok Su Kob dan Tok Aji Dollah.

KEMBALI KERAHMATULLAH

KEMASIN - Pada hari ini 12 sept 2011 seorang lagi warga Kemasin meninggal dunia beliau ialah Pok Teh Awang beliau meninggal dunia di hospital.          Beliau dimasukan kehospital untuk mendapatkan rawatan sebelum bulan puasa lagi. Beliau mengidap berbagai jenis penyakit, mayat beliau sampai dikediaman beliau dalam pukul 8 malam dan telah selamat di kebumikan.          Sama-samalah kita berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh/beriman.            Al-Fatihah..........Amin.......

SELAMAT MERDEKA KE 54

Imej

ANAK PERANTAU PULANG

Kemasin- Anak-anak perantauan Kemasin mula pulang ke kampung untuk Aidilfitri bersama keluarga tersayang sahabat handai dan kampung tercinta. Di ucapkan selamat pulang anak-anak perantauan Kemasin ke kampung halaman. Kini suasana kampung mulai terasa Aidilfitri akan kunjung tiba tak lama lagi, dan terlihat kecerian Ibubapa dengan kepulangan anak-anak mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama.

Tadarus

Imej
            Kemasin - Majlis Tadarus dan berbuka puasa di Musalla Pok Long Leman, YB. Dato' Haji Omar bin Muhammad ADUN Perupok dan rombongannya  sama-sama bertadarus dan berbuka puasa dengan penduduk-penduduk kampung kemasin.               Majlis ini dihadari oleh hampir 100 orang penduduk kampung dan jemputan. Majlis tadarus dan berbuka puasa ini diadakan setiap tahun dianjurkan oleh  kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Berbuka Puasa

                Majlis berbuka puasa buat kali kedua di Masjid Mukin Kemasin akan diadakan pada 22hb Ogos 2011M bersamaan 22 Ramadhan 1432H hari Isnin. Acara bermula dari pukul 6 petang sehinggalah solat Maghrib, sebelum azam maghrib dilaunkan tanda masuknya waktu berbuka para tetamu dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan yang akan di sampaikan oleh Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Fauzi Haron Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK).

Majlis Berbuka Puasa

     Masjid Mukin Kemasin pada hari ini Jumaat 12hb Ogos 2011M bersamaan 12 Ramadhan 1432H telah adakan Majlis Berbuka Puasa. Dengan semangat gotong royong dan sumbangan , makanan untuk Majlis Berbuka Puasa itu telah disediakan oleh orang kampung.

Bekas Iman Tua Mukim Kemasin Meninggal Dunia

            Pada hari ini 3.8.2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H bekas Iman Tua Mukim Kemasin Ustaz Che Soh telah meninggal dunia kerana sakit tua. Dengan itu sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada beliau dan semoga rohnya diletakkan bersama-sama orang yang soleh....amim          Beliau telah selamat dikebumikan pada pagi 4.8.2011 bersamaan 4 Ramadhan 1432H ditanah perkuburan Islam. Semasa hidupnya banyak yang dapat dikongsikan dengan beliau. Beliau juga boleh dijadikan contoh dalam kehidupan masyarakat setempat.            Sama-samalah kita doakan semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan soleh.

Pergaduhan

31/7/2011 hari lepas telah terjadi pergaduhan di tapak binaan seorang warga Kemasin cedera parah ...

KES BUNUH DI KEMASIN

Sedang mencari cerita yang sebenar ...... Berita lanjut tidak dapat disiarkan lagi harap bersabar...

Meninggal dunia

Dalam beberapa hari ini dua orang warga kampung Kemasin telah meninggal dunia sama-samalah kita sedekah al-fatihah pada beliau...

KETUA JAJAHAN BACHOK TURUN PADANG

Imej
    Ini adalah satu progem Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, iaitu Ketua Jajahan turun padang. Pada hari ini Isnin 18hb Julai 2011 Kampung Kemasin telah menjadi kampung pilihan untuk Ketua Jajahan Bachok turun padang.Kami penduduk kampung kemasin amat berbesar hati dan berterima kasih pada Ketua Jajahan Bachok, kerana dapatlah kami penduduk keluarkan/berkongsi pendapat dan masalah yang berhubung kait dengan kampung kami. KETUA JAJAHAN DAN TIM.KETUA JAJAHAN MAKAN TENGAHARI YANG DISEDIAKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG

Dibunuh

Imej
Keratan Sinar Harian Kelantan SABTU 16.JULAI.2011/14.SYAABAN.1432 keratan kedua

KRT/SRS

Imej
        Pada 9hb Julai 2011 KRT/SRS Kg.Kemasin telah adakan mesyuarat kali ke 5/2011 agenda mesyuarat kali ini hal DO masuk kampung perkemaskan hubung kait rondaan malam dan lapuran kewangan. Yang di Pengerusikan oleh Mat Zabidi, ahli yang hadir seramai 30 orang,selepas mesyuarat ada sedikit jamuan ringan. Dalam lain-lain hal ahli yang hadir telah sebulat suara bersetuju bahawa perjumpaan diadakan sebulan sekali, iaitu setiap 1hb setiap bulan. Cadangan ini dicadangkan oleh salah seorang ahli pada malam mesyuarat tersebut.

Perbanyak amal ibadat, kebaikan sebagai bekalan akhira

2010/04/19 DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup. Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan cukup selesa dan bahagia. Sebaliknya, orang yang buruk amalan ketika di dunia bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah murka terhadap sesiapa saja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia adalah perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya. Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan be

SEDAR ATAU TIDAK RAKYAT MALAYSIA????????

        Assalamualaikum..... kepada peminat-peminat blog seluruh dunia, pada hari ini 9bh Julai 2011 telah belaku satu perhimpunan yang dinama perhimpunan BERSIH. Tapi perhimpunan ini di Haramkan oleh Kerajaan MALAYSIA . Saya salah seorang rakyat MALAYSIA berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku pada hari ini...Sudah 54 tahun rakyat MALAYSIA hidup dalam aman dan damai serta harmoni, saya juga tidak mahu pekara sepertimana 16 mei berulang. Marilah bersama-sama kita jaga keaman negara kita MALAYSIA dan marilah sama-sama kita hayati dan fahami perlembagaan MALAYSIA, yang dibuat dan dipersetuju oleh BERITIS.
Imej
SELAMAT DATANG KE KEMASIN       Kg.Kemasin adalah sebuah kampung yang berada dipinggir pantai Laut Cina Selantan Jarak dari bandar Bachok lebih kurang 5km. Di sini juga terdapat sebuah kuala yang dinamakan kuala Kemasin....di hadapannya terbina pemencah ombak, dari berlakunya hakisan pada pantai.        Di dalam kuala inilah tempatnya pendaratan ikan bagi perahu-perahu kecil dan tempat penepatan kapal-kapal untuk disewa oleh kaki-kaki pancing laut dalam. Terdapat lebih kurang 50 buah perahu dan kapal di dalam kuala Kemasin ini.